Kelas Asas Ms. Word (Untuk pelajar sekolah rendah dan menengah)
10 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2016, Kelas Asas Ms. Word telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Microsoft Word merupakan pakej perisian bagi memproses perkataan yang merujuk kepada fungsinya untuk mengolah, menyusun, dan merekabentuk teks. Perisian ini digunakan untuk membuat dokumen seperti surat, memo, kertas kerja, laporan, minit mesyuarat dan sebagainya. Seramai 5 orang pelajar sekolah rendah dan 6 orang pelajar sekolah menengah yang menyertai kelas ini.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
• Mengenalpasti ciri-ciri dan tugas-tugas utama perisian Microsoft Word.
• Meningkatkan pengetahuan dan latihan praktikal penggunaan perisian ini berdasarkan panduan dan tips yang telah diberikan.
• Mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam kehidupan harian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Kuiz Klik Dengan Bijak
- Tayangan video KDB
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: